AKTIVITI SYARIKAT PERTANIAN

KEJORA AGRO SDN BHD

Bagi Syarikat Subsidiari di bawah sektor pertanian pula, Syarikat Kejora Agro Sdn. Bhd. (KASB) telah ditubuhkan untuk mengurus dan membangunkan tanah-tanah pertanian yang sesuai dan berpotensi untuk dibangunkan.
Antara aktiviti pertanian yang dijalankan adalah projek usahasama bagi tanah-tanah pertanian dan aktiviti perladangan untuk tanaman ladang buah-buahan seperti durian, jambu batu, ciku dan lain-lain. Syarikat KASB turut melaksanakan aktiviti perdagangan (trading), di mana pihak syarikat mengumpul dan membekal hasil tani kepada pemborong, peniaga kecil dan juga individu.