𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐊𝐃𝐇𝐒𝐁 : 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇

Kejora Development Holding Sdn Bhd (KDHSB) terus menzahirkan komitmen teguhnya dalam usaha memerangi amalan rasuah melalui pelaksanaan program Bengkel Pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS).

Bengkel yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari 2025 di Dewan Kertang, Hotel Bayu Balau Beach Resort ini telah diuruskan oleh Bahagian Pematuhan Dan Governance KDHSB adalah lanjutan daripada Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Pelancaran Inisiatif Sistem Pengurusan Anti Rasuah Berlandaskan Standard Antarabangsa ISO 37001:2016 yang diadakan minggu lalu. Taklimat yang telah disampaikan oleh En Azhar Dollah Jururunding Bertauliah daripada SIRIM Academy Sdn Bhd. Bengkel ini turut disertai oleh Pn Rosni binti Nawawi@Jusoh Penolong Pengurus Unit Pelaburan KEJORA

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚

Dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar, integriti merupakan asas yang tidak boleh dikompromi. Kejora mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan ABMS yang bertujuan memastikan semua kakitangan memahami prosedur anti-rasuah dan mengamalkan nilai-nilai integriti dalam setiap keputusan serta tindakan.

𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥. 𝐈𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 :
• 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 tentang peranan mereka dalam mencegah rasuah.
• 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐁𝐌𝐒 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 syarikat secara menyeluruh.
• 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧, termasuk pelanggan, rakan kongsi, dan masyarakat setempat.
𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡

Langkah ini adalah manifestasi komitmen syarikat untuk terus berkhidmat dengan amanah, memastikan setiap aspek pengurusan bebas daripada sebarang unsur rasuah. Dengan melaksanakan standard ISO 37001:2016, KDHSB yakin bahawa inisiatif ini akan meletakkan syarikat pada kedudukan yang lebih kukuh untuk mencapai matlamat jangka panjang. Dalam masa yang sama, ia juga menjadi inspirasi kepada organisasi lain untuk sama-sama menegakkan integriti sebagai teras kejayaan. KDHSB percaya bahawa kejayaan bermula dengan kejujuran. Dengan sokongan penuh daripada seluruh warga kerja syarikat, visi untuk menjadi organisasi yang bebas rasuah bukan sahaja menjadi sasaran, tetapi juga tanggungjawab bersama.

#𝐊𝐃𝐇𝐒𝐁𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 #𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 #𝐈𝐒𝐎𝟑𝟕𝟎𝟎𝟏
#KejoraDevelopmentHoldingSdnBhd
#KejoraAgroSdnBhd
#KejoraLandDevelopmentSdnBhd
#KejoraHospitalityAndServicesSdnBhd
#AmanatPengurusan2025
#KecekapanDanKeberkesanan
#BersatuKeArahKecemerlangan
#KKDW
#KEJORA
#MalaysiaMadani
#luarbandarsejahtera
#KDHSejahteraKualiti

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *