Kumpulan Kejora Development Holding Sdn. Bhd. (KDHSB) telah mengadakan Sesi Briefing dan Lapor Diri Pengurus Subsidiari yang berlangsung pada 6 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KDHSB. Selamat datang diucapkan kepada Encik Sh Khayul Zahri dan Cik Siti Fazueri di dalam keluarga besar kumpulan Syarikat.
Sesi ini diadakan bagi memperkenalkan pengurus-pengurus baharu yang akan menerajui anak-anak syarikat di bawah KDHSB, sekaligus menyelaras aspirasi dan hala tuju pengurusan bagi memastikan kelangsungan operasi yang lebih berdaya saing serta berimpak tinggi.
Pihak syarikat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) atas kepercayaan serta sokongan padu yang diberikan. Kehadiran barisan pengurus baharu ini diharapkan dapat membawa nafas baharu dan komitmen bersama ke arah merealisasikan visi menjadikan KDHSB sebagai sebuah kumpulan syarikat yang unggul dan berdaya maju.




